Khamis, 10 April 2014

PENJAGAAN PERFUME


Perfume tak tahan lama ? Bau lain sedikit ? Perfume / minyak wangi adalah cecair yang tidak tahan dengan tahap kepanasan yang begitu tinggi, Ini kerana adunan pelbagai campuran wangian dari bunga-bungaan, buahan-buahan, tumbuh-tumbuhan serta kayu-kayan telah dicampur bersama beberapa cecair seperti metanol (sejenis alkohol) bagi tujuan pengadunan dan untuk bertahan lama.

Tindak balas terhadap suhu yang tinggi ini mungkin akan menyebabkan bau minyak wangi sedikit berbeza dari yang asal. Paling teruk adalah, botol minyak wangi akan pecah dan meletup akibat tekanan yang begitu tinggi. Keadaan begini sering berlaku apabila minyak wangi berada terlalu lama di dalam kapal penghantaran ataupun terlalu "kerap" berada dalam perjalanan yang jauh (seperti minyak wangi kami).

>>> Cara penyelesaiannya adalah, cuba letakkan minyak wangi anda di dalam peti sejuk (bukan peti beku) untuk 2-3 jam sebelum anda menyemburnya. Anda pasti akan lihat perbezaannya yang begitu ketara. Selamat Mencuba !

Tiada ulasan: