Khamis, 10 April 2014

BERNIAGA ITU SUNNAH NABI



9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Tapi mengapa bangsa Melayu tidak suka berniaga seperti bangsa lain. Sedangkan perniagaan itu juga adalah sunnah nabi. Nabi Muhammad juga ditarbiyah dengan jiwa usahawan ketika zaman muda. Sunnah Ekonomi juga adalah satu daripada mukjizat nabi sebenarnya. 

Tetapi di Malaysia penguasaan ekonomi dikuasai oleh orang bukan Islam. Ada seorang tu pernah bekerja dalam sektor perbankan. Dia memberi kelulusan untuk pinjaman pembelian hartanah hampir 90% kepada mereka yang bukan Islam dalam setahun kerana mereka sangat mahir berniaga, sangat mampu dan sangat kaya. 

Orang Islam Melayu rumah kos rendah pun buat permohonan dia terpaksa reject sebab tak mampu dan polisi bank menetapkan sebegitu. Saya sedih memikirkan nasib bangsa Melayu Islam kita sebegitu. Keluarga dari kecil mendoktrin anak-anak supaya belajar rajin-rajin masuk universiti boleh makan gaji bila grade. 

Bangsa lain ajar anak buat sunnah nabi BERNIAGA! Bangsa Melayu beli kereta habis graduasi terpaksa berhutang 7 hingga 9 tahun. Beli rumah memang tak mampu. Berkahwin juga kena berhutang! Kita kena kembali kepada sunnah nabi 9/10 rezeki adalah dari PERNIAGAAN kerana ianya sunnah nabi yang umat Islam sendiri di Malaysia tidak mahu amalkan dan laksanakan! Yang bukan Islam yang menyahut seruan nabi itu!

Tiada ulasan: